slimbox2 css

slimbox 2 js

slimbox 2 auto activator

Pages

Advertisement

Tuesday, November 30, 2010

Daging masak dendeng...

Selepas raya haji.. peti ais ku masih ada daging korban.. macam2 resepi dah aku masak.. kurmalah, kicaplah, suplah dsb... Ahad lepas aku mencuba resepi baru.. alhamdulillah aku berjaya masak daging masak dendeng... hubby kata sedap.. sengeh aku mendengar pujiannya.. aku dapat resepi daripada jiran sebelah.. tqvm misha! hubby suka sangat dendeng dia.. so aku kenalah belajar masak.. :)

Bahannya sangat mudah.. sama macam masak daging masak kicap, tapi dendeng ni cuma ada cili kering jer.. caranya mula2 direbus dulu dagingnya.. bila dah empuk, kita tumbuk daging tu hingga terurai dari ketulannya.( guna batu lesung yer bukan penumbuk kita )hehehe

Sambil tu kita tumis hingga pecah minyak bahan yang sudah dikisar seperti bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan serai. Masukkan sedikit air rebusan daging dan daging yang telah ditumbuk. Masukkan kicap dan garam. Gaul hingga sedikit kering tapi jangan kering sangat.. tak best.. ok.. itu je.. tutup api.. senang je kan? nanti senang bolehlah kalian mencuba resepi simple ni.. hehehe

*** ralat x dapat amik gambor coz camera ku jahanam! huhuhuhu

Friday, November 19, 2010

Salam AidilAdha...

Salam Aidil Adha buat semua... Alhamdulillah dapat lagi merasa menyambut AidilAdha. Raya tahun ni kami beraya di rumah makcikku Mok Dah di Teluk Panglima Garang, Klang. Aqiqah anakku Nur Hannani juga dilakukan sekali disana. Alhamdulillah selesai sudah kesemua aqiqah anak2ku.

Suami makcikku pakcik Nasir yang menjadi tukang sembelih dan dia juga chef untuk kenduri hari tu. penat betul dia 2 hari tu.. Mok Dah ku juga mengambil 3 bahagian aqiqah anak2nya dan sepupuku Azrul aka Awoo melakukan ibadah korban seekor kambing. Kira hari tu, ada 2 ekor lembu dan seekor kambing.. ketiga2nya besar dan sihat..

Raya Adha tahun ni kesemua adik2 abahku yang tidak pulang ke Terengganu berkumpul disini. Meriah betul.. makanan jangan kiralah... tapi sayang camera kami rosak.. Hp pulak bateri mati.. huhuhu kalau tak pasti ada gambar2 yang terselit dibawah. Kebetulan anakku Hannani dan anak Mok Dah demam.. so berdukung jelah jawabnya.. mujur juga ada jiran2 dan sahabat makcikku yang baik hati bergotong-royong. Kalau tak... pengsan kot? hehehe

Macam mana sekalipon.. raya tetap meriah walaupon bukan dikampung.. Aku Gembira sangat! tq semua...

Friday, November 12, 2010

Bakat vs Result

Pagi tadi aku ada menonton program Nasi Lemak Kopi O. Ada satu segmen berkenaan KEM SEKOLAH BAKAT . Kem ini khusus dibuka buat anak2 yang berumur 9-17 tahun. Kem tersebut akan diadakan pada 26-28 November 2010.Bayaran RM400 dan ada diskaun sekiranya membawa adik-beradik yang lain. Motifnya untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam diri anak2.. agaknya apakah bakat yang ada pada anak2 aku? hehehe

Semalam keputusan UPSR keluar, alhamdulillah peratusan calon mendapat keputusan 5A meningkat.Bagi ibubapa yang mempunyai anak2 yang mendapat keputsan 5A.. gembira terpancar diwajah mereka... aku tumpang gembira... alhamdulillah.. hmmm macam manalah anak aku 5 tahun dari sekarang.. Tapi dalam bergembira, ada juga calon2 yang tidak bernasib baik. Tentu ada segelintir ibubapa juga yang berdukacita. Sabarlah.. ini hanya keputusan peperiksaan yang pertama. Jangan marahi dan memberi tekanan pada anak-anak. Berilah sokongan moral untuk dia terus bangkit dan tidak mengalah!

Apa kaitannya dengan Kem Sekolah Bakat? ada kaitannya... apa kata ibubapa yang sedang bersedih dan berkemampuan itu menghantar anak2 mereka ke kem tersebut? Seperti kata wakilnya tadi, akademik adalah salah satu sebahagian daripada bakat iaitu Bakat Akademik. Tidak semua anak2 mempunyai bakat akademik. Di Kem Sekolah Bakat insya-Allah, bakat anak2 dapat dicungkil dan digilap untuk mendapat kejayan yang berterusan. Insya-Allah.

Tuesday, November 9, 2010

Malaysia Baby, Children & Parents Expo

Hari ni Nur nak share satu berita hangat.. khusus buat baby, kanak-kanak, ibu bapa dan bakal ibu yang sedang mengandung... sesiapa yang free pada 26-28 Nov 2010 ni jom kita p jengah2 ini expo di Midvalley Exhibition Center.. hehehe.. menarik ni...

http://www.tce.com.my/baby/index.html

Thursday, November 4, 2010

Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali...

Tanggal 31 oktober 2010 hari Ahad jam lebih kurang jam 9pagi. Aku, familiku dan sedara maraku kehilangan seorang insan yang kami kasihi dan sayangi. Sepupuku Nur Afny binti Sedik telah kembali ke rahmatullah setelah bertarung nyawa melawan kesan ubat chemotherapy.
Arwah seorang sepupu, anak dan cucu yang baik,ceria,peramah, menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua dan sentiasa bersemangat juang. Perginya masih kami rasai sehingga kini. Buat keluarga makcikku, tabahlah menghadapi ujian ini. Kita sedekahkan sebanyak mungkin buat arwah... Kalian sudah berusaha dalam menyembuhkan arwah. Kita semua juga sudah redha dengan pemergiannya. Walaupun arwah pergi dalam usia 23 tahun... Allah lebih sayangkan arwah Afny.. Hanya Allah Maha Mengetahui.. Doa kami semoga arwah ditempatkan dikalangan para solehah. Semoga arwah bahagia disisiNYA. Al-Fatihah.

Thursday, October 28, 2010

KITA...

Dalam kehidupan ini...
Dalam kesihatan yang ada sekarang ini...
Dalam keadaan selesa ini...

Pasti sesuatu yang kekadang tidak dijangkakan berlaku..
Kita ingat kita sentiasa ceria..
Kita ingat kita sentiasa akan sihat..
Kita ingat kita akan sentiasa selesa..

Kenapa ia berlaku..?
Ia mungkin berlaku kerana...
Kita lalai? kita terasa sedikit bermegah?
kita lupa untuk bersyukur?
atau mungkin juga kerana DIA ingin menguji setara mana
iman kita? rendah diri kita? tawakal kita?
syukur kita?

Marilah kita renungkan sejenak..
dimanakah KITA?

Monday, September 20, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Salam Lebaran ...
Salam Kemaafan...
Salam Keceriaan...

Alhamdulillah lebaran kali ini dapat kami kecapi dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dan keceriaan. Syukur Ya Allah, kerana KAU memberi kami peluang untuk meraikannya buat sekian kali. Lebaran kali ini kami menyambutnya dikampung halamanku iaitu diSetiu, Terengganu. Walaupun dalam kesederhanaan, aku bersyukur kerana dapat berkumpul dan memohon ampun dan maaf daripada mak, abah, adik-adik dan saudara mara yang lain. Anak-anakku juga ceria berkumpul dan dapat bermain bersama sepupu-sepupu mereka.

Pada malam hari raya kedua, pakcik dan makcikku mengadakan kenduri tahlil sesama ahli keluarga. Kenduri ini, akan dijadikan acara tahunan setiap kali malam hari raya kedua. Tujuannya untuk mendoakan dan bersedekah kepada saudara mara yang telah tiada, berkumpul dan sekurang-kurangnya apabila kita tiada, akan ada generasi seterusnya mendoakan dan bersedekah pada kita.

Pada hari raya ketiga, rancangan awal kami berkelah dan mandi sungai diUlu tidak kesampaian.Elok setibanya kami tidak sampai setengah jam hujan telah turun. Bergegas kami tukar lokasi... kami telah ke Pantai Kuala Baru, Mangkok. Itupun setelah AJK tidak setuju diPantai Rhu 10.hehehe beria-ia AJK berbincang.. nak privacy katanya... Kami berkelah beramai-ramai, berBBQ, bermain futsal pantai dan sebagainya. Anak-anakku yang paling seronok sekali. Hafiy dan Hannani yang pertama kali mandi laut, teruja tidak mahu naik ke pantai...


Thursday, September 2, 2010

Ta... teh!! dan tepuk amai-amai..

Bila sebut perkataan tateh ini, membuatkan aku tersenyum.. teringatkan anakku Hannani yang berusaha mempertingkatkan potensi dirinya.. (pergh.. ayat..) Hannani aka adeq.. dah mula belajar berdiri sendiri.. dan lepas tangan.. lama juga dia berjaya seimbangkan badannya.. sampai susutla badan.
Adeq tak sabar nak berjalan dah.. asal pegang tangan dia.. mesti nak melangkah.. tersenyum tersengeh.. semua ada.. bila terlebih agah.. mulalah kalut datang.. merangkak pon dah lain macam.. kekadang tu tak jejak lutut.. konon melangkahlah tu.. ish.. Adeq.. nak lawan abang Hafiy ker?

Tepuk amai-amai...
3 hari lepas ajar adeq tepuk amai-amai.. terkejut aku! baru ajar 2-3x dia dah pandai tepuk! pandai adeq.. hari ni, pantang ada iklan atau kami tepuk tangan.. adeq pon sengeh sambil bangga tepuk tangan... tetapi nak gelak juga bila kekadang tepuknya tak bertemu.. lesen P lor.. hehehe

Tuesday, August 31, 2010

i-City Shah Alam..

Alhamdulillah... sampai juga kami ke i-City... tetiba je bila diajukan soalan pada wife BIL tentang lokasi i-City.. tetiba juga kami diajak pergi... dan tetiba juga.. hubby ku setuju.. memang banyak tetiba malam tu.. alhamdulillah.
Malam Sabtu 28 Ogos 2010 jam 11+mlm lebih kami bertolak... rupa-rupanya,bila tengah malam, lagi ramai orang datang.. bila sampai disana, anak-anakku bukan main teruja.. dan...mak dan abah depa pun teruja jugak weh..! masa aku kecik-kecik dulu, mana ada semua ni.. lampu lip lap pon dah buat aku dan adik-adik ku teruja, inikan memang lampu yang pelbagai bentuk.. hehehe
Tetapi sayang, camera kami rosak. So, amik gambar guna hp jelah.. tapi oklah daripada tak de.. nak masuk tempat ni bayarannya RM10 per kereta.. oklah.. tampung bil letrik.. hehehe pastu adalah tempat makan minum didalam kawasan tu..
Lepas habis round, anak-anakku minta belikan Arrow Helicopter.. RM5 satu.. ramai yg main.. terutama remaja dan orang dewasa.. aku dan hubby juga tak ketinggalan.. pandai depa ni.. zaman aku dulu, main mende tu buat sendiri guna kertas je..
Oklah.. enjoy lah tengok gambar yang tak berapa cantik tu.. sesiapa yang belum pernah pergi.. bolehlah bawa anak-anak.. sesekali.. bukan selalu pun.. hehehe ok! daaaa!!







Friday, August 27, 2010

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum kalian semua... Ramadhan tiba lagi.. kini sudah 17 Ramadhan.. aku bersyukur kerana berpeluang menemui Ramadhan dan menjalani ibadah puasa kali ini..
Ramadhan kali ini begitu bermakna dalam hidupku.. Aku amat bersyukur kerana kami sekeluarga berada dalam keadaan selamat, sihat tubuh badan dan masih lagi bersama.. terima kasih Ya Allah.. sesungguhnya KAU lah MAHA MEMPERKENANKAN, MAHA PENYAYANG dan MAHA MENGETAHUI setiap perkara yang berlaku sama ada sebelumnya dan selepasnya..
Aku juga bersyukur kerana masih berpeluang memohon ampun dan maaf dari kalian semua.. maafkan aku, suamiku dan anak-anakku sekiranya kami pernah melakukan kesalahan terhadap kalian.. Selamat berpuasa semua.. semoga kita semua diberkatiNYA.. amin.

Wednesday, August 25, 2010

Alhamdulillah...

4 Jun 2010 Jumaat... adalah hari yang tidak dapat kami lupakan. Hari itu, kami dalam perjalanan pulang ke Terengganu dengan niat untuk melawat abahku yang masuk wad HKT dan ingin memeriahkan majlis perkahwinan adik iparku di Kelantan.
Hajat kami tidak kesampaian.. Allah sudah tentukan.. dan kami redha.. Kami telah terlibat dalam kemalangan.. kemalangan yang tidak melibatkan mana2 pihak.. alhamdulillah.. kami semua selamat kecuali suamiku yang luka dikepala. Ya Allah, terima kasih kerana KAU telah menggerakkan hati-hati mereka untuk membantu kami. Ramai yang telah datang membantu... terutamanya menjaga anak-anakku yang masih kecil.. terima kasih kepada insan-insan yang simpati pada kami.. tidak kira semasa dilokasi kemalangan dan doktor2 juga staf2 di Hospital Temerloh..terima kasih juga buat mak dan adikku Mahathir yang jauh datang dari Terengganu walaupun terpaksa meninggalkan abahku di hospital, Nasir yang datang dari Kuantan dan MakCum dan Cik Akib yang datang membawa kami pulang ke rumah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian. Kami doakan kalian sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNYA. Amin.
Maafkan aku.. aku tidak dapat bercerita dengan lebih mendalam bagaimana ia berlaku.. semuanya bagai mimpi... sekelip mata.. cukuplah dengan apa yang kami alami ini sedikit sebanyak mengganggu emosi dan fikiran kami.. Disini, aku paparkan gambar keadaan kereta kami setelah di tow... kereta yang kami sayangi..

Thursday, March 11, 2010

Ahmad Adam


Tanggal 22 November 2009 aku dikejutkan dengan berita yang menyentap sanubariku. Berita itu juga merentap keceriaan adikku Aisyah, suaminya dan mak abah. Berita itu juga telah merubah setiap detik, jiwa dan raga insan-insan yang menyayangi Adam. Petang itu, Adam dijumpai lemas ditepi rumahku di Setiu, Terengganu...

Kini genap 3 bulan 2 minggu Adam berada di ICU HKT. Alhamdulillah dari minggu ke minggu, Adam menunjukkan perubahan positif. Ini sedikit sebanyak memberi harapan dan keceriaan buat adikku Aisyah aka ceksu.. dan juga suaminya. Berita terbaruku terima 2 hari lepas, adam sudah mengeliat. Semua ini adalah ketentuan daripadaNYA.. adikku dan suaminya redha dengan ujian yang menimpa.. mereka akan berusaha sedaya mungkin untuk memulihkan Adam.. Disini, aku ingin mengambil kesempatan. Memohon kalian semua mendoakan anak saudaraku Ahmad Adam ni pulih sepenuhnya. Kami mahu dia sembuh, pulih dan sihat seperti kanak-kanak sihat yang sebaya dengannya. Bagi aku dan suami, aku mahu dia bersama berlari dan membesar bersama anak-anakku terutama Ahmad Hafiy dan sepupu-sepupunya yang lain. Semoga Allah perkenankan doa kita semua. Amin.

Cahaya Kesayanganku, Kecintaanku...


Salam semua.. apa khabar? aku harap kalian semua sihat, ceria dan bahagia sentiasa. Jagalah kesihatan terutama sekarang ni, cuaca tidak menentu...
Hmm lamanya aku tidak update blog kesayanganku ini. Sehinggakan kelahiran permata hatiku yang keempat pun aku tidak sempat beritakan disini.

Tanggal 4 Disember 2009- Jumaat.. aku telah selamat melahirkan permata hatiku yang keempat secara normal di dewan bersalin Hospital Putrajaya. Permata hatiku kali ini seorang bayi perempuan.. semasa lahir beratnya 3.75kg. Alhamdulillah, Allah perkenankan doaku yang mahukan anak perempuan. Kini aku sudah punya dua pasang anak.. hati gembira hanya Allah sahaja yang tahu. Inilah pertama kalinya aku sakit bersalin tidak di masukkan ke wad terlebih dahulu. Aku di drip dan dimasukkan 4 botol air.. ( aku tak makan lagi ) terus terasa nak bersalin.. Alhamdulillah, seperti anakku yang lain.. Allah permudahkan aku bersalin.. Bayiku kali ni juga lahir awal sehari dari due date, tidak seperti kakak dan abang-abangnya yang lahir awal 1-2 minggu awal. Anakku yang keempat diberi nama Nur Hannani.. Hannani bermaksud kesayanganku, kecintaanku.... Keistimewaan Hannani terletak pada hari lahirnya yang bersamaan tarikh lahirku. Juga kebetulan bila aku, kakak Nabilah dan Hannani semuanya lahir tanggal 4 hb. Manakala suamiku, Haziq dan Hafiy lahir lingkungan 10, 14 dan 19.
Kini Hannani sudah 3 bulan.. dia aktif sekali.. sudah mahu mengiring.. mengagah? dia antara yang awal dikalangan anak2ku yang lain. Alhamdulillah, so far dia sihat dan tiada masalah.. itu yang selalu ku pohon untuk anak2ku daripadaNYA.


Monday, January 4, 2010

Langkah pertama..

4 Jan 2010 - ISNIN

Pagi ni jam 6.30am anakku Nabilah di kejutkan oleh suamiku untuk memulakan kehidupan barunya di alam persekolahan. Hari ni juga usia kakak genap 7 tahun. Secara jujurnya aku suka dengan tarikh pada hari ini. Pejam celik anak sulungku sudah bersekolah Tahun Satu.. Pada hari sebelum dan hari pertama persekolahan suamikulah yang uruskan segalanya.. aku pula uruskan sikecil di rumah..

Bila melihat anakku beruniform sekolah... tidak kiralah uniform sekolah kebangsaan atau sekolah agama.. hatiku sedikit gentar kerana anakku kini sedang menuju ke arah kehidupan yang semakin mencabar.. modul pembelajaran sekolah kebangsaan kian menuntut perhatian yang lebih. Aku dan suamiku juga ada sedikit gusar untuk melepas dia tanpa pengawasan kami. Tapi, bila melihat dia ok semasa di sekolah dan di kelas, lega sedikit hati ini.. Suamiku kata, kakak nampak teruja di kelas.. belajar berbaris, ucap selamat dsb. Semasa taklimat, ibubapa hanya boleh menemani sehingga hari kedua sahaja.. selepas tu selama 2 minggu mereka akan berorentasi.

Oklah.. nak stop dulu, si kecil Hannani bangun.. gambar upload kedian ek.. bye.