Friday, June 26, 2009

Talent Day


Petang semalam kelam kabut aku ke kedai jahitan berhampiran rumah semata-mata mencari bahan untuk buat telinga arnab dan ekor arnab kakak... hmm nak buat apalah telinga dan ekor arnab tu..?
Sebenarnya kakak Nabilah salah seorang peserta Story Telling kategori Bahasa Inggeris 6 tahun di tadikanya.. so bertungkus lumuslah aku menyiapkan apa yang dia hendak.. moral support penting..!

So, pagi ni.. 26 Jun 2009 ( Jumaat ) kami pon ke tadika.. macam2 ragam dan gaya! cute sangat.. kakak pon bangga betul dengan telinga, ekor dan kasut ala2 arnabnya tu.. walaupun kakak sekadar membaca dan ada sedikit pergerakan.. mak, abah dan adik2 tetap bangga.. anak mak berani.. selamba je mukanya.. 1st time... ^-^

(adalah beberapa foto.. tak byk coz bateri camera dah low.. bolehlah buat kenangan..)



Saturday, June 20, 2009

Cuti sekolah balik ganu...

Cuti sekolah 2 weeks, ingatkan dapatlah balik duk kg selama 2 weeks.. Tapi setakat 4 hari jer.. coz tiba2 abah ada meeting PBTM di Ganu.. so, tak dapatlah balik awal dgn abah ..
Tapi, aku syukur sangat!! dapat jugak balik kg, lepas rindu pada semua orang dan alam sekitarnya sekali.. ni adalah beberapa foto, biasalah pantai dan pantai... hehehe













Friday, June 19, 2009

mari main dalam selimut...!!

Tengoklah betapa hepinye hafiy dapat main bersama kakak Nabilah dan abang Haziq...
bayangkan betapa berusahanya tukang amik gambar pon kene masuk skali dalam tu... (aku lah tu...)



Wednesday, May 20, 2009

Tiba-tiba terdetik...

Salam semua... lama betul aku tak muncul.. bukan tidak rindu untuk aku menaip.. tetapi kesibukan seharian membuatkan aku terpaksa memandang sepi blog ini....
Bulan Mei bagi aku adalah bulan yang penuh bertanda di kalendar aku...
Tengok ya.. 10hb Hari Ibu.. 11hb Hari lahir mak aku.. 12hb Hari Jururawat Sedunia.. 14hb keluarga mertua datang.. 17hb ibubapa ku pula datang.. 16hb Hari Guru.. 31hb kenduri kesyukuran rumah makcikku di Rawang.. pergh penuh...
Bukan jadual aku je yang penuh.. jadual kerja suami encem aku pon penuh.. kerja tetap kerja.. dan mesti diselesaikan.. selalu aku tengok dia balik dalam keletihan.. sebab aku tahu, selagi dia tak dapat selesaikan kerja, selagi tulah dia akan fikir dan terus fikir.. aku sentiasa berpesan kepadanya.. kerja dan kesihatan perlu diseimbangkan... aku tak sanggup tengok dia jatuh sakit.. sayang abe weh!!!

Friday, March 20, 2009

Musim demam datang lagi...

Hari ni, genap seminggu musim demam melingkungi kesihatan anak3 aku... susah hati tuhan saja yang tahu... Mulanya kakak Nabilah yang demam dulu, diikuti abang Haziq dan Hafiy 2 hari selepas tu.. suhu bukan calang2... yang pegang rekod paling tinggi ialah abang Haziq iaitu cecah 40.4 C.. punyalah ketaq lutut, terus on the spot bawa ke ER putrajaya... sampai2 terus disuruh masuk ke dalam.. aku bukan tak buat sponging.. tapi suhu susah nak turun.. lastnya aku rendamkan aje anak2ku dalam tab.. baru turun sikit.. yang masih belum stabil ialah abang Haziq.. still ada demam walaupun antibiotik dah nak habis.. situasi abang Haziq ni dah buat aku sedikit cemas... aku jadi fobia dengan memori lama 4 tahun lepas... nampak gaya memang kena buat medical check up di IJN.. hopefully, tak ada apa2lah..
aku dah utarakan kebimbangan aku kepada hubby encem aku... dia try cari masa yang sesuai.. ( dia memang sokmo sibuk... huhuhu)

Kawan2... Biasalah, bila anak3 sakit, memang terpaksalah aku jadi cam biskut dalam mana2 forum.. dan juga blog ini.. kekadang tenggelam terus.. free baru masuk.. so, buat kawan2.. harap kalian dapat fahami situasi aku yang sedang jadi misi (nurse) dalam misi...nanti kalian doakan kesihatan anak3 aku pulih sepenuhnya ya..! Tq..