slimbox2 css

slimbox 2 js

slimbox 2 auto activator

Pages

Advertisement

Saturday, July 2, 2011

Bersederhanalah kamu dalam segala urusan dunia ini...

Hatim al Assam suatu hari berziarah ke rumah tuan mufti di daerahnya. Sesampainya di rumah itu, didapati rumah itu besar, penuh dengan segala kelengkapan dan perhiasan yang bukan keperluan dan membazir.

Beliau segera teringat pada firman Allah bermaksud:
"Dan janganlah kamu membazir. Bahawasanya orang-orang yang membazir itu adalah daripada golongan syaitan dan syaitan itu sangat kufur pada Tuhan.(Al Isra’: 26-27)

Kerana itu berazamlah Hatim untuk mengingatkan tuan mufti tentang keterlanjuran itu. Dengan penuh hikmah dan bijaksana Hatim pun bertindak. Semasa sama-sama mengambil wudhuk, Hatim sengaja membasuh semua anggotanya sebanyak empat kali, lebih dari sepatutnya. Ini telah menarik perhatian tuan mufti sehingga mufti itu berkata: “Kenapa saudara melebihkan basuhan anggota wudhuk saudara? Bukankah itu makruh dan membazir namanya?”

Mendengar itu Hatim tersenyum dan berkata: “Membazir sedikit air pun Islam tidak benarkan. Apalagilah membazir beribu-ribu ringgit untuk sebuah rumah dengan segala perhiasan yang tidak berguna, tentulah Islam tidak benarkan. Tuan, saya bimbang tuan akan dimurkai Allah kerana melakukan pembaziran yang sebegini besar. ”

Begitu sikap Hatim, seorang mukmin yang sebenar, mengingatkan saudaranya supaya sama-sama mentaati perintah Allah.

Bukan ertinya Hatim tidak ingin pada rumah besar dengan kelengkapan yang mewah, tetapi dia melawan keinginannya kerana mematuhi perintah Allah. Hatim mengorbankan dunianya untuk kepentingan Akhirat. Itulah sikap mukmin yang sebenar.

Tuesday, May 24, 2011

Status Halal

Hari ni tetiba pulak rasa nak share..  berkenaan status halal.. almaklumlah, keluarga ada kedai kek dan roti kena ambil berat semua ni... makanan seperti sosej, fish ball dan produk daging yang kekadang beli pon kena amik tahu juga... yang terkini ada 2 syarikat yang sijil halal ditarik balik oleh JAKIM...

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT LUCKY FOOD PROCESSING SDN BHD

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.12/2011 yang diadakan pada 22 April 2011 telah memutuskan supaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd (No. Siri Sijil 010949-010966) ditarik balik berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat tersebut. Penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Lucky Food Processing Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut:

1) menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

2) mengemukakan resit pembelian produk baru;

3) melakukan proses samak; dan

4) mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

cth produk: sosej, produk daging dan fish ball


PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonanSyarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuanDeoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

1) menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

2) mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );

3) melakukan proses samak; dan
 
4) mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

cth penggunaan: terdapat dalam ramuan kek atau roti

"Mencari Yang Halal Itu Fardhu (wajib) Bagi Setiap Umat Islam"

sumber: www.halal.gov.my

Wednesday, May 11, 2011

11 MEI 2011 - RABU

Selamat hari lahir yang ke-56 mak...

Doa along semoga mak sentiasa berada dalam kesejateraan dan dibawah perlinduangan Allah swt. Semoga mak kembali bersemangat dalam meneruskan kehidupan seharian tanpa abah disisi. Along juga doakan mak panjang umur dan mendapat keberkatan disepanjang usia mak..

Hari ini juga genap 40 hari abah meninggalkan kami. Kehilangan abah begitu terasa kerana abah seorang yang amat penyayang, prihatin, bertanggungjawab dan suka bergurau... Dalam sakit-sakit pun abah masih sempat bergurau.. gurauan itulah yang menjadi pengubat hati... bila telefon.. ku tanya abah sihat? abah tentu akan menjawab... "boleh jawab telefon ni, sihatla... " selepas itu abah ketawa..  tapi betullah jawapan abah itu.. kerana sejak abah sakit kuat, abah tidak mampu lagi bersuara, abah ada semput... dan abah juga tidak berapa boleh mendengar... kenangan bersama tidak akan terpadam sampai bila-bila... Doaku, Ya Allah...KAU tempatkan  arwah abahku dikalangan para solihin dan di dalam kelompok roh-roh yang diberkati dan dikasihiMU. Ya Allah.. KAU luaskan kuburnya.. KAU terangilah kuburnya dan jauhkan dia dari azab kubur. amin.

Sunday, April 10, 2011

Insan yang aku kasihi pergi jua....

Tanggal 2 April 2011 hari Sabtu jam 5.30pm, aku mendapat sms daripada mak bahawa abahku semakin tenat... aku diminta membaca Surah Yassin buat abah. Ketika membaca sms mak, hati aku terdetik..

"sudah tiba masanyakah?" "Ya Allah... KAU kuatkan abah, mak dan kami semua..."
Niat ku membaca Yassin hanya satu... "Ya Allah.. jika benar sudah tiba detik KAU menjemput kembali hambamu itu... Aku redha...Tapi Ya Allah..  KAU permudahkanlah baginya menghadapi sakaratul maut... biar abah pergi dengan mudah dan tenang.." itulah pintaku..
pelikkan? kenapa ketika itu, aku tidak berniat abah panjang umur? kenapa aku berdoa begitu? sebab hatiku berdetik sedemikian.. aku juga hairan.. banyak tanda-tanda yang kami sekeluarga alami bahawa kami akan kehilangannya, tapi kami semua menidakkan.. kami yakin abah kuat...

Jam 6.30pm... aku menerima berita sekali lagi.... berita daripada adikku Siti Aisyah yang abah kami telah pergi meninggalkan kami. Abah telah kembali ke rahmatullah atas ketentuan Ilahi. Aku redha dengan pemergiannya. Biarlah dia pergi daripada dia menderita sakit yang berpanjangan... sudah lama abah tidak dapat tidur lena dan tenang... biarlah kali ini abah tidur selena-lenanya dan doaku agar abah tenang disisi penciptaNYA... Aku cuma rasa sedikit terkilan kerana tiada disisinya ketika abah dijemput pergi... tapi,  mujurlah seminggu sebelum abah pergi, aku pulang bersama anakku Hannani untuk melawat abah diHKT. Masih ada rezeki untuk aku membelainya dan memohon maaf buat sekian kalinya... walaupun hanya selama 2 hari..

"Abah... Tidurlah dengan lena.. Anak-anakmu ada disini untuk mendoakanmu.. "
"Abah... abah kini sedang menempuh kehidupan baru yang hakiki... kehidupan yang semua insan akan tuju... cuma kali ini, Abah yang menyusul dahulu.. menyusul Adam yang menunggu abah disana."
"Abah... sesungguhnya kami , anak-anak abah teramat menyayangimu... pengorbanan, kasih sayang dan keprihatinan abah amat kami hargai... "
"Abah... kini kami tidak lagi dapat mendengar suaramu, tidak dapat lagi menatap pandangan matamu, tidak dapat lagi menyentuhmua... dan abah.. kami sangat dahagakan teguranmu...."
"Ya ALLAH... KAU tempatkan abah kami disisiMU.. dikalangan roh insan-insan yang KAU redhai, dikalangan para solihin... "
Amin... Al-Fatihah...
Abah  link ke entry sebelum..

Reunion SBPL 2010...









Lokasi drama Ulek Mayang...

Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur singgah sekejap kat Pantai Kemasik... betul urat orang kata...









Family day tahun 2010...







Saturday, March 12, 2011

Abah...

Insan bernama Hj Mohamad bin Hj Mat Hasan benar-benar tidak asing bagi diriku.. insan yang banyak berkorban, bertanggungjawab, penyayang dan segalanya... itulah abahku. Tiada insan lain yang boleh menandingi dirinya... tiada insan lain yang boleh menggantikannya. Dialah satu-satunya didunia ini. 23 Nov 2010 genap umur abah 60tahun... aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

Sejak akhir-akhir ini, abah sering tidak sihat... berulang alik ke hospital. Aku yang jauh ini sentiasa berada dalam kerisauan. Kalau boleh, aku ingin selalu berada disisinya... tetapi..situasi dan keadaan aku, tidak mengizinkan untuk aku selalu pulang ke kampung... aku masih ada tanggungjawab lain untuk dipikul.. Aku sering berdoa dan berharap, agar keluargaku memahami situasiku. Kerana aku bukan seorang yang suka menagih simpati...

Bila sudah jauh..hanya suara yang dapat menghubungkan kami. Itu pun, kekadang aku tidak dapat berbual dengan abah kerana abah sedang tidur. Mak memang tidak akan bangunkan abah.. kerana abah kini, susah dapat tidur lena dan kekadang berhari-hari, abah tidak tidur malam. Kasihan abah.. mak juga kekadang tidak sihat.. biasalah usia kian meningkat.. perlu menjaga abah lagi.. tapi itulah isteri yang setia dan bertanggungjawab... aku bangga dengan mak. Dia kuat semangat, tabah dan cekal. Kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan dan fikiran itulah yang selalu ku pohon buat mak dan abah. Abah... Mak... Nur sayang mak dan abah..

" Ya Allah... KAU ampunkanlah dosa kedua ibubapaku.. KAU kasihani dan kasihilah mereka, sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik kami ketika kami kecil.."
" Ya Allah... KAU berilah mereka ketenangan dalam meniti hari-hari..."
" KAU panjangkan usia mereka dan KAU berkatilah usia mereka.."
Amin..

p/s: buat teman-teman yang masih punya ibubapa.. kasihi mereka.. hargai mereka sementara mereka dan kita masih punya hayat...

Tuesday, March 1, 2011

Allah lebih menyayangimu...


Tanggal 27 Disember 2010 Isnin. Anak saudaraku Ahmad Adam telah kembali kepangkuan penciptaNYA.. Takziah buat adikku Siti Aisyah dan suaminya Zali.. segala yang berlaku ada hikmahnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.. dan itulah kehendakNYA. Adam kini bebas dan lebih bahagia diSANA.Itu ang terbaik buatnya. setahun sebulan Adam terbaring dijaga penuh kasih sayang oleh ma dan pa nya. Aku bangga dengan mereka. Mereka tidak putus asa berubat dan tidak bersungut dalam menjaga Adam... Adam... anak saudaraku yang comel dan baik sangat... pandai bawa diri.. maklong sangat sayangkan Adam. Bahagialah Adam disana.. tunggu ma dan pa Adam ya.. mereka sangat sayangkan Adam.

Ahmad Adam

Thursday, February 17, 2011

Sampai bila???

Sampai bila aku nak terus hidup macam ni
Sampai bila aku nak tengok hak aku dicarik-carik
Sampai bila aku nak dengar agama dan bangsa aku dimaki
Sampai bila aku nak berdiri ditengah panas matahari terik

Sampai bila aku nak diperbodoh dengan cerita-cerita karut
Sampai bila aku nak bersabar dengan kerenah orang yang tidak amanah
Sampai bila aku nak biar anak bangsa aku dipandang umpama kasut
Sampai bila aku nak tahan melihat anak bangsa aku yang dah semakin punah

Sampai bila aku nak hidup kais pagi makan pagi
Sampai bila aku nak senyum bila setiap hari maruah dipijak-pijak
Sampai bila aku nak menangis makan hati kerana harta tergadai
Sampai bila aku nak menafikan keadaan kita yang dah rosak

Sampai bila???