slimbox2 css

slimbox 2 js

slimbox 2 auto activator

Pages

Advertisement

Saturday, July 2, 2011

Bersederhanalah kamu dalam segala urusan dunia ini...

Hatim al Assam suatu hari berziarah ke rumah tuan mufti di daerahnya. Sesampainya di rumah itu, didapati rumah itu besar, penuh dengan segala kelengkapan dan perhiasan yang bukan keperluan dan membazir.

Beliau segera teringat pada firman Allah bermaksud:
"Dan janganlah kamu membazir. Bahawasanya orang-orang yang membazir itu adalah daripada golongan syaitan dan syaitan itu sangat kufur pada Tuhan.(Al Isra’: 26-27)

Kerana itu berazamlah Hatim untuk mengingatkan tuan mufti tentang keterlanjuran itu. Dengan penuh hikmah dan bijaksana Hatim pun bertindak. Semasa sama-sama mengambil wudhuk, Hatim sengaja membasuh semua anggotanya sebanyak empat kali, lebih dari sepatutnya. Ini telah menarik perhatian tuan mufti sehingga mufti itu berkata: “Kenapa saudara melebihkan basuhan anggota wudhuk saudara? Bukankah itu makruh dan membazir namanya?”

Mendengar itu Hatim tersenyum dan berkata: “Membazir sedikit air pun Islam tidak benarkan. Apalagilah membazir beribu-ribu ringgit untuk sebuah rumah dengan segala perhiasan yang tidak berguna, tentulah Islam tidak benarkan. Tuan, saya bimbang tuan akan dimurkai Allah kerana melakukan pembaziran yang sebegini besar. ”

Begitu sikap Hatim, seorang mukmin yang sebenar, mengingatkan saudaranya supaya sama-sama mentaati perintah Allah.

Bukan ertinya Hatim tidak ingin pada rumah besar dengan kelengkapan yang mewah, tetapi dia melawan keinginannya kerana mematuhi perintah Allah. Hatim mengorbankan dunianya untuk kepentingan Akhirat. Itulah sikap mukmin yang sebenar.

1 comment:

kasihredha said...

susahnya menjadi Hatim...

selalu beringat agar tak membazir...tapi sering lalai :(