slimbox2 css

slimbox 2 js

slimbox 2 auto activator

Pages

Advertisement

Thursday, February 28, 2008

Beku...

Macam ni la rutin aku tiap2 hari kat ofis semenjak balik dari Singapore...takde project asyik dok melangut memikirkan masa depan yg dah kabur kat co lama...mujur la aku dah dapat keje baru, kalau tak sure masalah punye...boring dah sampai tahap cipan tak usah nak kata la...code dah tak sentuh lama bukan main...rasanya aku perlukan cuti panjang untuk betulkan mental aku yg dah rosak teruk ni...ntah hape2 la keadaan aku sekarang...

Masa riang rasa hebat...

Lepas aku hantar laptop dgn desktop yg aku selamatkan ke Klang (sekali dgn kelas express pasal Linux yg aku offer hehehe), kitaorang pun balik dalam pukul satu pagi....anak2 aku tak makan apa2 lagi masa kat Klang sebab diaorang tido...bila bangun pun tanak makan apa2 sebab asyik nak main...dalam kete baru la mengadu lapar....nak makan McD...mmg citarasa org putih betul bebudak ni....so carik la McD 24 jam....mujur la aku jumpa dekat2 area rumah aku...kiranya dekat sejam setengah jugak la lepak kat McD.....

Kakak daftar sekolah...

Dua hari lepas aku bawak kakak pegi ke sekolah dekat kawasan perumahan. Nak daftar utk tahun satu, sekolah ni kena daftar awal, kalau tak jawabnya takde tempat la. Anak aku terkejut badak ngan suasana sekolah ni. Dia sangkakan sekolah sama macam tempat nursery dia dulu. Tak sabar2 dah nak mula masuk sekolah (dah nak besar anak aku ni) yg adik pulak tak sabar2 nak tunggu besar, sebab nak masuk sekolah sama jugak...dia ingat boleh bersuke ria kot kat sekolah hehehe....takpe, aku happy bila diaorang happy...lepas ni nak kena daftar ngaji pulak...anak aku dah dikira lambat start ngaji...alif ba ta pun tak lepas lagi....



Monday, February 25, 2008

Datuk Kame...

Lepas habis ubuntu meet up aku gi jumpa adik aku kat restoran Khalifah section 7 (biasa la...menunaikan tanggungjawab sebagai seorang abang). Tak menyangka la pulak jumpa member lama....last aku jumpa 2 - 3 tahun lepas kot, sempat la borak2....yg best tu datuk ni terkantoi dgn awek plak tu hehehehe....nampaknya bakal join the club...tapi tak tahu la yang empunya badan...bila nak hidang nasik minyak kat kawan2 ni? :)

Saturday, February 23, 2008

Sepetang di Masjid Putrajaya...


Hari ni semua pakat keboringan, aku pun dah maleh nak ngadap pc...game Madagascar pun dah habih main (lepas dipaksa anak2 aku utk main 3 stage direct). Lepas lunch dah tak tahu nak buat apa....habis je citer Dhoom (wife aku dok layan) aku pun ajak diaorang semua keluar main basikal kat Masjid Putrajaya. Sampai kat sana punya la ramai orang, aku terpaksa buat satu pusingan untuk dapat parking.

Once dah turun dari kete, anak2 aku pun apa lagi....macam ayam terlepas kandang la....naik basikal pusing2...maklum la kawasan umah aku kecik, so tak puas la diaorang nak mengayuh. Main sampai Maghrib, makan ngan solat kat situ. On the way nak balik umah dua2 orang dah lentok...keletihan bawak basikal hehehe...

Ni bebudak ni baru bangun, mandi kerbau sket (sebab dah malam) pastu mintak aku bukak citer kat pc mak diaorang...tak tahu la malam ni nak tido pukul berapa...

Tuesday, February 19, 2008

Pengharaman...

Semalam aku telah mengharamkan diri aku daripada masuk bilik komputer sebab last week aku berkurung kat situ seminggu direct. Semuanya sebab aku tgh gila dok buat eksperimen. So semalam terpaksa la tahan nafsu. Luangkan masa dgn anak2 dan isteri. Kena kurangkan masa dgn komputer, kesian kat diaorang ada bapak / suami tapi macam takde. Rasa bersalah la pulak...

Sunday, February 10, 2008

Cuti...


Takde yg lebih best selain dari balik ke rumah dan kampung sendiri. Hijau macamana pun kat tempat lain, hijau lagi tempat sendiri. Apa2 pun memang seronok, cuma yang hampehnya, aku lupa bawak charger kamera aku (sireh betul). Terpaksa la pakai kamera phone yg sungguh tak best ittew. Banyak benda2 best waktu malam yg tak dapek den nak rakamkan. So setakat amik gambo siang2 hari je la...Raya tahun ni giliran kampung wife aku pulak...so kena tunggu tahun depan. Tak sempat nak berbual panjang ngan tok aku huhuhu.








Tuesday, February 5, 2008

Macross Frontier...


I went to 7 eleven to get some stuff. Accidently noticed some anime magazine displayed a mecha that similar to a Valkyrie (remind me of my favorite show in 1987 when I was in standard 5). I grab the magazine and searched for the title. It's a new Macross series!!!! Macross Frontier. Once I reached home, google about it and downloaded the first series from my beloved torrent site. Man...I really love internet :). There's a new collection coming to my harddisk soon hahahaha >:)

VF-25 in battroid mode (colour scheme is similar to Roy Fokker's VF-1S)

Monday, February 4, 2008

Perantis...


Hari ni makan tengahari bersama perantis2 yg bakal meneruskan perjuangan aku di co lama. Ingatkan nak belanja, tapi dibelanja la pulak hehehe....Alhamdulillah, rezeki (Thanks Faizi)...Takpe, aku bukan spesis makan memahal. Semua makanan yg dijual kat situ harganya bawah 10 ringgit saje.


So hari ni TER aku dah approve (first level), lepas ni nak kena compile semua resit pastu submit ke India pulak utk second approval. Entah berapa lama la pulak proses kali ni. Silap hari bulan kena reject terus (sebab dah tender)...

p/s : TT, betul la kata ko...awek Taiwan tu dah takde huhuhu...