slimbox2 css

slimbox 2 js

slimbox 2 auto activator

Pages

Advertisement

Thursday, February 17, 2011

Sampai bila???

Sampai bila aku nak terus hidup macam ni
Sampai bila aku nak tengok hak aku dicarik-carik
Sampai bila aku nak dengar agama dan bangsa aku dimaki
Sampai bila aku nak berdiri ditengah panas matahari terik

Sampai bila aku nak diperbodoh dengan cerita-cerita karut
Sampai bila aku nak bersabar dengan kerenah orang yang tidak amanah
Sampai bila aku nak biar anak bangsa aku dipandang umpama kasut
Sampai bila aku nak tahan melihat anak bangsa aku yang dah semakin punah

Sampai bila aku nak hidup kais pagi makan pagi
Sampai bila aku nak senyum bila setiap hari maruah dipijak-pijak
Sampai bila aku nak menangis makan hati kerana harta tergadai
Sampai bila aku nak menafikan keadaan kita yang dah rosak

Sampai bila???

2 comments:

kasihredha said...

lama nya tak dengar khabar...
miss you dik

nurd said...

tq kak... sori.. lama nur menyepikan diri.. monolog tu hubby yg taip..