Tanggal 22 November 2009 aku dikejutkan dengan berita yang menyentap sanubariku. Berita itu juga merentap keceriaan adikku Aisyah, suaminya dan mak abah. Berita itu juga telah merubah setiap detik, jiwa dan raga insan-insan yang menyayangi Adam. Petang itu, Adam dijumpai lemas ditepi rumahku di Setiu, Terengganu...
Kini genap 3 bulan 2 minggu Adam berada di ICU HKT. Alhamdulillah dari minggu ke minggu, Adam menunjukkan perubahan positif. Ini sedikit sebanyak memberi harapan dan keceriaan buat adikku Aisyah aka ceksu.. dan juga suaminya. Berita terbaruku terima 2 hari lepas, adam sudah mengeliat. Semua ini adalah ketentuan daripadaNYA.. adikku dan suaminya redha dengan ujian yang menimpa.. mereka akan berusaha sedaya mungkin untuk memulihkan Adam.. Disini, aku ingin mengambil kesempatan. Memohon kalian semua mendoakan anak saudaraku Ahmad Adam ni pulih sepenuhnya. Kami mahu dia sembuh, pulih dan sihat seperti kanak-kanak sihat yang sebaya dengannya. Bagi aku dan suami, aku mahu dia bersama berlari dan membesar bersama anak-anakku terutama Ahmad Hafiy dan sepupu-sepupunya yang lain. Semoga Allah perkenankan doa kita semua. Amin.
2 comments:
semoga dia kembali pulih. insya Allah
terima kasih meri.. doakan yang terbaik buatnya.
Post a Comment