slimbox2 css

slimbox 2 js

slimbox 2 auto activator

Pages

Advertisement

Thursday, March 11, 2010

Cahaya Kesayanganku, Kecintaanku...


Salam semua.. apa khabar? aku harap kalian semua sihat, ceria dan bahagia sentiasa. Jagalah kesihatan terutama sekarang ni, cuaca tidak menentu...
Hmm lamanya aku tidak update blog kesayanganku ini. Sehinggakan kelahiran permata hatiku yang keempat pun aku tidak sempat beritakan disini.

Tanggal 4 Disember 2009- Jumaat.. aku telah selamat melahirkan permata hatiku yang keempat secara normal di dewan bersalin Hospital Putrajaya. Permata hatiku kali ini seorang bayi perempuan.. semasa lahir beratnya 3.75kg. Alhamdulillah, Allah perkenankan doaku yang mahukan anak perempuan. Kini aku sudah punya dua pasang anak.. hati gembira hanya Allah sahaja yang tahu. Inilah pertama kalinya aku sakit bersalin tidak di masukkan ke wad terlebih dahulu. Aku di drip dan dimasukkan 4 botol air.. ( aku tak makan lagi ) terus terasa nak bersalin.. Alhamdulillah, seperti anakku yang lain.. Allah permudahkan aku bersalin.. Bayiku kali ni juga lahir awal sehari dari due date, tidak seperti kakak dan abang-abangnya yang lahir awal 1-2 minggu awal. Anakku yang keempat diberi nama Nur Hannani.. Hannani bermaksud kesayanganku, kecintaanku.... Keistimewaan Hannani terletak pada hari lahirnya yang bersamaan tarikh lahirku. Juga kebetulan bila aku, kakak Nabilah dan Hannani semuanya lahir tanggal 4 hb. Manakala suamiku, Haziq dan Hafiy lahir lingkungan 10, 14 dan 19.
Kini Hannani sudah 3 bulan.. dia aktif sekali.. sudah mahu mengiring.. mengagah? dia antara yang awal dikalangan anak2ku yang lain. Alhamdulillah, so far dia sihat dan tiada masalah.. itu yang selalu ku pohon untuk anak2ku daripadaNYA.


No comments: