Selamat hari lahir yang ke-56 mak...
Doa along semoga mak sentiasa berada dalam kesejateraan dan dibawah perlinduangan Allah swt. Semoga mak kembali bersemangat dalam meneruskan kehidupan seharian tanpa abah disisi. Along juga doakan mak panjang umur dan mendapat keberkatan disepanjang usia mak..
Hari ini juga genap 40 hari abah meninggalkan kami. Kehilangan abah begitu terasa kerana abah seorang yang amat penyayang, prihatin, bertanggungjawab dan suka bergurau... Dalam sakit-sakit pun abah masih sempat bergurau.. gurauan itulah yang menjadi pengubat hati... bila telefon.. ku tanya abah sihat? abah tentu akan menjawab... "boleh jawab telefon ni, sihatla... " selepas itu abah ketawa.. tapi betullah jawapan abah itu.. kerana sejak abah sakit kuat, abah tidak mampu lagi bersuara, abah ada semput... dan abah juga tidak berapa boleh mendengar... kenangan bersama tidak akan terpadam sampai bila-bila... Doaku, Ya Allah...KAU tempatkan arwah abahku dikalangan para solihin dan di dalam kelompok roh-roh yang diberkati dan dikasihiMU. Ya Allah.. KAU luaskan kuburnya.. KAU terangilah kuburnya dan jauhkan dia dari azab kubur. amin.
2 comments:
Salam.."Selamat Ulangtahun tuk ibunda trsayang"..semoga sihat selalu yer Auntie!!..bahgianya masih punyai IBU..
tq azatie.. nanti saya khabarkn pada mak...
Post a Comment