Minggu lepas aku demam teruk, baru je aku baik demam, kena giliran anak2 aku dgn wife aku pulak demam...yg menakutkan tu suhu badan dua2 anak aku dah cecah 40 darjah celcius (mmg tahap gerun)...Jumaat lepas aku bawak gi Klinik Kesihatan, diaorang di'suspect' kena denggi sebab platlet darah rendah (kena cucuk utk amik darah). Doktor bagi surat rujukan utk dibawa ke hospital kalau2 demam diaorang lagi teruk.
Sabtu pagi aku pegi ke Hospital Putrajaya, sebab malam sebelumnya demam diaorang teruk lagi...ambik darah lagi. Keadaan masih suspen...sebab aku harap anak2 aku tak kena denggi la, teruk kalau dua2 orang kena tahan hospital. Doktor suruh balik dulu dan datang pulak hari Ahad utk check darah. Kali ni balik dgn dose ubat yang tinggi.
No comments:
Post a Comment