"1000+ kurang dari x kurang dari 7000"
Variable x tu ialah gaji aku. Kalau ikut nilai, x lebih besar dari 1000+. Walau macamana sekalipun aku fight untuk claim aku, mmg diaorang akan abaikan saja. Bila aku selidik, bukan aku saja yg kena dan aku bukanlah orang yg pertama. Memang kalau difikirkan macam tak logik bila company besar especially MNC akan buat macam ni. 2 orang kawan yg tender sehari selepas aku pun menerima nasib yg sama. Lebih menyedihkan, diaorang takde hutang apa2 pun dengan company ni. Jadi apa alasan yg munasabah tentang pembekuan gaji diaorang?
Ini adalah pengalaman pertama aku bekerja dengan outsourcing company. Pada org yg baru grad, tak dinafikan byk pengalaman yg boleh korang kutip. Tapi bagi yg dah ada pengalaman, takde apa2 yg menarik. Semuanya sama bahkan kurang dari apa yg kita pernah buat kat tempat lain. Kebanyakan project yg dibagi ke Malaysia hanyalah project2 support (first dan second level) atau bahasa kasar dia keje tukang bersihkan tahi. Kebanyakan project2 baru dibuat di India. Bila deal dengan outsourcing company ni, berhati2 especially kalau company tu Indian based. Benefit mmg dilebihkan kepada rakyat diaorang. Memang tak salah utk naikkan taraf hidup orang disana, tapi dalam masa yg sama jgn la pulak menafikan hak orang lain.
Kekurangan company outsourcing ni ialah kerja kita base on project. Kalau takde project mmg melangut la kat office dan bila appraisal nanti mati la. Kalau ada project tapi Reporting Manager plak kat tempat jauh mmg takde harapan la nak dapat rate yg ok (seperti yg terjadi kat aku). Apa yg aku tahu, rate ni semua ada quota dia. Sape2 yg duduk dekat dgn Reporting Manager senang la nak jilat b**tut. Konsep asas bell curve (maleh aku nak explain).
Lagi satu kelemahan, dari segi assign project. Company berhak utk assign kemana2 project yg diaorang rasakan perlu, walaupun project tu takde value added utk profile kita (kalau nak kena tangking macam hanjeng cuba la try demand lebih2). Sebab tu ada kes budak kena hantar ke support project yg guna VB6. Bila keluar nanti macamana budak tu nak apply keje lain?
2 comments:
Bawak bersabar je..mmg ade je company mcm ni kan..he he..ada company siap kene tender 6 bulan or byr 6 bulan gaji kalau nak berhenti..he he...familiar tak agak company mane tu..he he..tp apa pun, ade je pengalaman yg dpt dari situ boleh lah nak kate berbaloi(nak sedap kan hati).. apa2 pun sabar..moga semua berjalan lancar nanti!
macam pernah dgr je citer pasal company tu :)
Post a Comment