slimbox2 css

slimbox 2 js

slimbox 2 auto activator

Pages

Advertisement

Monday, March 31, 2008

Dinafikan hak...

Hari ni aku baru dapat tahu yg gaji aku dibekukan dengan alasan yang aku masih belum membayar duit "Travel Advanced" yang aku ambil sebelum pergi ke S'pore. Masalah utamanya ialah claim aku masih belum diluluskan sampai ke hari ni. Selagi claim aku tak diluluskan selagi tu aku tak nak bayar duit tu. Aku tahu ini semua strategi diaorang. Kalau diaorang luluskan claim aku, aku cuma perlu bayar balik dalam RM 1000+ saja, tapi disebabkan sikap tamak haloba, diaorang cuba main taktik kotor. Dengan cara macam ni, instead of dapat balik jumlah yg perlu aku bayar saja, diaorang dapat recover lebih dari itu (sebulan gaji aku kena sapu). Formula dia senang saja

"1000+ kurang dari x kurang dari 7000"

Variable x tu ialah gaji aku. Kalau ikut nilai, x lebih besar dari 1000+. Walau macamana sekalipun aku fight untuk claim aku, mmg diaorang akan abaikan saja. Bila aku selidik, bukan aku saja yg kena dan aku bukanlah orang yg pertama. Memang kalau difikirkan macam tak logik bila company besar especially MNC akan buat macam ni. 2 orang kawan yg tender sehari selepas aku pun menerima nasib yg sama. Lebih menyedihkan, diaorang takde hutang apa2 pun dengan company ni. Jadi apa alasan yg munasabah tentang pembekuan gaji diaorang?

Ini adalah pengalaman pertama aku bekerja dengan outsourcing company. Pada org yg baru grad, tak dinafikan byk pengalaman yg boleh korang kutip. Tapi bagi yg dah ada pengalaman, takde apa2 yg menarik. Semuanya sama bahkan kurang dari apa yg kita pernah buat kat tempat lain. Kebanyakan project yg dibagi ke Malaysia hanyalah project2 support (first dan second level) atau bahasa kasar dia keje tukang bersihkan tahi. Kebanyakan project2 baru dibuat di India. Bila deal dengan outsourcing company ni, berhati2 especially kalau company tu Indian based. Benefit mmg dilebihkan kepada rakyat diaorang. Memang tak salah utk naikkan taraf hidup orang disana, tapi dalam masa yg sama jgn la pulak menafikan hak orang lain.

Kekurangan company outsourcing ni ialah kerja kita base on project. Kalau takde project mmg melangut la kat office dan bila appraisal nanti mati la. Kalau ada project tapi Reporting Manager plak kat tempat jauh mmg takde harapan la nak dapat rate yg ok (seperti yg terjadi kat aku). Apa yg aku tahu, rate ni semua ada quota dia. Sape2 yg duduk dekat dgn Reporting Manager senang la nak jilat b**tut. Konsep asas bell curve (maleh aku nak explain).
Lagi satu kelemahan, dari segi assign project. Company berhak utk assign kemana2 project yg diaorang rasakan perlu, walaupun project tu takde value added utk profile kita (kalau nak kena tangking macam hanjeng cuba la try demand lebih2). Sebab tu ada kes budak kena hantar ke support project yg guna VB6. Bila keluar nanti macamana budak tu nak apply keje lain?

Dalam company macam ni, adalah menjadi asas 101 bagi Project Leader utk membuat project tu supaya berlompong (aku diberitahu sendiri oleh PL bila aku cakap byk lompong yg aku nampak masa kat S'pore). Dgn cara macam ni, bila customer nak request something yg tertinggal, extra charge akan dikenakan. Bila keadaan project dalam keadaan kritikal, kambing hitam akan dipanggil. So yg nak kena deal dgn customer ni, kambing2 hitam ni la. Orang yg membuat tahi bebas utk membuat tahi di project lain pulak (mostly yg datang dari sana).

Apa2 pun, ramai orang2 lama yg dah blah, nak blah dan cuba blah dari company lama aku ni. Setiap kali aku makan sate ayam, sure aku akan teringat dengan nama company ni. Memang haram sate sungguh...

Saturday, March 29, 2008

Gathering 3...


Join gathering member2 ex-ITM main futsal. Since aku ni species tak reti main bola kaki (except for bola kocek), aku sekadar jadi reporter je la. Nak tunggu satu batch kalau nak buat reunion rasanya sampai beruban pun blom tentu boleh. So jumpa dgn sape2 yg senang dicontact je la supaya cepat dan efficient. Organizer (en. Mait) mmg seorang yg rajin. Normally kitaorang tak bawak family, kebetulan ada sorang member yg bawak family dia, so family aku pun boleh la join sekali hehehe...

Gathering 2...

Gathering 1...

Thursday, March 27, 2008

ELTP 09...

Satu-satunya batch ELTP yg dapat aku turunkan ilmu. Diaorang ni semua bijak2 belaka ala-ala kanak-kanak riang Ribena gittew. Semuanya kalau bergambar mmg suke posing...


Kawan baik...

Kawan baik aku kat office lama. Kami kenal dari tahun 2006 (member satu project kat Kerinchi). Dia banyak tolong aku dgn procedure kat company lama. Walaupun muda tapi pemikiran dia matang. Banyak bagi nasihat kat aku especially masa kena aniaya di S'pore. Beruntung aku dapat berkawan dgn dia :)

Sepetang di Putrajaya 4...

Sepetang di Putrajaya 3...