Dua hari lepas aku bawak kakak pegi ke sekolah dekat kawasan perumahan. Nak daftar utk tahun satu, sekolah ni kena daftar awal, kalau tak jawabnya takde tempat la. Anak aku terkejut badak ngan suasana sekolah ni. Dia sangkakan sekolah sama macam tempat nursery dia dulu. Tak sabar2 dah nak mula masuk sekolah (dah nak besar anak aku ni) yg adik pulak tak sabar2 nak tunggu besar, sebab nak masuk sekolah sama jugak...dia ingat boleh bersuke ria kot kat sekolah hehehe....takpe, aku happy bila diaorang happy...lepas ni nak kena daftar ngaji pulak...anak aku dah dikira lambat start ngaji...alif ba ta pun tak lepas lagi....
Lepas habis ubuntu meet up aku gi jumpa adik aku kat restoran Khalifah section 7 (biasa la...menunaikan tanggungjawab sebagai seorang abang). Tak menyangka la pulak jumpa member lama....last aku jumpa 2 - 3 tahun lepas kot, sempat la borak2....yg best tu datuk ni terkantoi dgn awek plak tu hehehehe....nampaknya bakal join the club...tapi tak tahu la yang empunya badan...bila nak hidang nasik minyak kat kawan2 ni? :)
Semalam aku telah mengharamkan diri aku daripada masuk bilik komputer sebab last week aku berkurung kat situ seminggu direct. Semuanya sebab aku tgh gila dok buat eksperimen. So semalam terpaksa la tahan nafsu. Luangkan masa dgn anak2 dan isteri. Kena kurangkan masa dgn komputer, kesian kat diaorang ada bapak / suami tapi macam takde. Rasa bersalah la pulak...

Takde yg lebih best selain dari balik ke rumah dan kampung sendiri. Hijau macamana pun kat tempat lain, hijau lagi tempat sendiri. Apa2 pun memang seronok, cuma yang hampehnya, aku lupa bawak charger kamera aku (sireh betul). Terpaksa la pakai kamera phone yg sungguh tak best ittew. Banyak benda2 best waktu malam yg tak dapek den nak rakamkan. So setakat amik gambo siang2 hari je la...Raya tahun ni giliran kampung wife aku pulak...so kena tunggu tahun depan. Tak sempat nak berbual panjang ngan tok aku huhuhu.
I went to 7 eleven to get some stuff. Accidently noticed some anime magazine displayed a mecha that similar to a Valkyrie (remind me of my favorite show in 1987 when I was in standard 5). I grab the magazine and searched for the title. It's a new Macross series!!!! Macross Frontier. Once I reached home, google about it and downloaded the first series from my beloved torrent site. Man...I really love internet :). There's a new collection coming to my harddisk soon hahahaha >:)

VF-25 in battroid mode (colour scheme is similar to Roy Fokker's VF-1S)
Hari ni makan tengahari bersama perantis2 yg bakal meneruskan perjuangan aku di co lama. Ingatkan nak belanja, tapi dibelanja la pulak hehehe....Alhamdulillah, rezeki (Thanks Faizi)...Takpe, aku bukan spesis makan memahal. Semua makanan yg dijual kat situ harganya bawah 10 ringgit saje.
So hari ni TER aku dah approve (first level), lepas ni nak kena compile semua resit pastu submit ke India pulak utk second approval. Entah berapa lama la pulak proses kali ni. Silap hari bulan kena reject terus (sebab dah tender)...
p/s : TT, betul la kata ko...awek Taiwan tu dah takde huhuhu...