Ronda-ronda sambil beraya kali ini, kami pergi bersama Ceksu, Ayah su dan Adam. jauh mereka datang.. sama2 otw ke Puchong. Kami dari Penang, Ceksu dari Terengganu.. Ayah su nak melawat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang terletak di Putrajaya.. walaupun masih belum siap sepenuhnya, masjid ini telah dikunjungi pengunjung yang ingin bersolat dan tak kurang juga yang ingin mengenalinya lebih dekat..
Meh kita share info sikit dari Wikipedia.. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, ialah sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H[2]. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini juga dikenali masjid besi.. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit.
No comments:
Post a Comment