Saturday, October 3, 2009
Berhari raya di Kepala Batas, Penang..
Tahun ni 2009... alhamdulillah kami dapat lagi menyambut Aidilfitri. Kali ini, kami beraya di Penang.. Kami serta sebuah lagi kereta iaitu adik iparku, bertolak pada hari Jumaat 18 Sept jam 12am. Uiihh... perjalanan sungguh mencabar kesabaran dan keletihan kami.. Apa taknya kami mengambil masa selama 13jam baru sampai ke Kepala Batas.. Asal ada R&R pasti jam dan penuh! nak masuk tandas beratur beb! Kenderaan yang berhenti rehat penuh ditepi susur masuk R&R.. nak ke tandas, aku dan isteri adik iparku (yang juga mengandung 4bulan ) kene menapak dulu
Tetapi,aku ada rasa terkilan dengan sikap pengunjung yang "berkelah" ditepi2 jalan ini, membuang sampah merata2.. kotor pemandangan.. anakku yang sulung (6 tahun) pon membebel bila melihat sampah sarap merata.. Aku hanya memberitahunya "Inilah sikap orang yang tidak menyayangi alam sekitar.. penting diri.. dan tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan.. "
Ok.. sori terbebel pulak tadi.. kembali kepada cerita raya..
Beraya di Kepala Batas ni, lebih terasa keseronokannya.. Almaklumlah, rumah ateh tanah ni.. kalau bukan kita tak keluar beraya,orang datang beraya.. tu yang seronoknya.. lagi2 kalu sampai penuh rumah dan berkonvoi2 tetamu datang.. penat memang penat.. tetapi berbaloi..sebab dapatlah can aku lebih mengenali saudara mara suamiku.. Alhamdulillah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment