slimbox2 css

slimbox 2 js

slimbox 2 auto activator

Pages

Advertisement

Wednesday, October 14, 2009

Cepat pulih yer nak..

Mak dan abah sentiasa doakan Hafiy dan Haziq cepat pulih dan sihat.. manakala, kakak Nabilah pula kekal sihat..

Anak-anak mak abah...

Jangan demam lagi...
Jangan selsema lagi...
Jangan batuk lagi...
Jangan muntah2 lagi...
please sayang...!

Tuesday, October 6, 2009

Google translation kat blog aku... Kelakar giler!

Tadi aku dengan sengajanya search blog aku di google.. biasalah jam 3am bosan.. tak bleh tdo.. so bila jumpa, adalah option translation.. aku pon sajalah klik.. HAHAHA gelak besar aku dibuatnya.. korang bacalah text dalam screenshot kat bawah yer..

Saturday, October 3, 2009

Tasik Cruise Putrajaya


Akhirnya... setelah bertahun dapat jugak aku naik cruise bot ni.. Alhamdulillah.. walaupun dekat je dengan rumah aku.. tapi ada je halangan nak naik.. Mujur orang dari Ganu.. aka Ceksu, Ayahsu dan Adam ajak naik.. hehehe malu betul, orang dari jauh ajak.. :P

Apa yang suamiku dengar dari mulut staf cruise ni. Jarang sangat orang sekitar yang naik.. termasuklah orang Putrajaya sendiri.. kecuali kalau ada event atau mesyuarat barulah depa naik.. :) so... kira tak heranlah kalau kami ni baru naik.. hehehe jangan mare yer.. Harga tiket bergantung pada kita sama ada nak yang pakej atau tidak.. bagi keluarga aku.. 2 Dewasa RM30x2 2 kanak2 (atas 3 tahun) RM20x2 total RM 100.. tapi ada penjimatan sebanyak RM16 so bayar RM84 jerlah.. kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah jenguk2 di web depa.. http://www.cruisetasikputrajaya.com/

Kakak dan Haziqlah yang teruja sangat! siap kira ada berapa buah jambatan yang kami lalu.. Hafiy pulak? hehehe round ateh kapal sambil sibuk nak minum air jer.. Adam? anak sedare ku ni.. pon sama dengan Hafiy, siap main cak2 lagi.. dia tahu sikit bab tengok air tasik ni.. maybe sebab rumah wannya berdepan dengan Pantai Mangkuk, Setiu kot.. hehehe Hafiy setakat tengok jer.. takde perasaan lagi.. huhuhu

Orang dewasa dibenarkan untuk keluar ke depan dan belakang cruise.. kanak-kanak tidak dibenarkan.. bahaya.. Bila dah dapat kebenaran.. apa lagi, suamiku dan Ayahsu amik peluang ler bergambar.. sampai aku dan Ceksu takde can pon nak rasa.. huh! sabor jelah..



Ronda-ronda Putrajaya

Ronda-ronda sambil beraya kali ini, kami pergi bersama Ceksu, Ayah su dan Adam. jauh mereka datang.. sama2 otw ke Puchong. Kami dari Penang, Ceksu dari Terengganu.. Ayah su nak melawat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang terletak di Putrajaya.. walaupun masih belum siap sepenuhnya, masjid ini telah dikunjungi pengunjung yang ingin bersolat dan tak kurang juga yang ingin mengenalinya lebih dekat..

Meh kita share info sikit dari Wikipedia.. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, ialah sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H[2]. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini juga dikenali masjid besi.. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit.



Raya lagi 2...

Gambar2 diambil oleh Ahmad Hermi aka Pak Ngah.. amik gambar ni memang bidang dia.. camera DSLR sentiasa disisi.. chuntek pakngah.. gud job!



Ni pulak gambar masa otw nak ke Penang.. (keesokkan harinya) berhenti dihentian kecil sebelum masuk terowong.. mandikan budak 4 orang ni tepi kete jer..

Raya lagi..






Berhari raya di Kepala Batas, Penang..


Tahun ni 2009... alhamdulillah kami dapat lagi menyambut Aidilfitri. Kali ini, kami beraya di Penang.. Kami serta sebuah lagi kereta iaitu adik iparku, bertolak pada hari Jumaat 18 Sept jam 12am. Uiihh... perjalanan sungguh mencabar kesabaran dan keletihan kami.. Apa taknya kami mengambil masa selama 13jam baru sampai ke Kepala Batas.. Asal ada R&R pasti jam dan penuh! nak masuk tandas beratur beb! Kenderaan yang berhenti rehat penuh ditepi susur masuk R&R.. nak ke tandas, aku dan isteri adik iparku (yang juga mengandung 4bulan ) kene menapak dulu

Tetapi,aku ada rasa terkilan dengan sikap pengunjung yang "berkelah" ditepi2 jalan ini, membuang sampah merata2.. kotor pemandangan.. anakku yang sulung (6 tahun) pon membebel bila melihat sampah sarap merata.. Aku hanya memberitahunya "Inilah sikap orang yang tidak menyayangi alam sekitar.. penting diri.. dan tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan.. "

Ok.. sori terbebel pulak tadi.. kembali kepada cerita raya..
Beraya di Kepala Batas ni, lebih terasa keseronokannya.. Almaklumlah, rumah ateh tanah ni.. kalau bukan kita tak keluar beraya,orang datang beraya.. tu yang seronoknya.. lagi2 kalu sampai penuh rumah dan berkonvoi2 tetamu datang.. penat memang penat.. tetapi berbaloi..sebab dapatlah can aku lebih mengenali saudara mara suamiku.. Alhamdulillah..