Wednesday, October 29, 2008
Akhirnya...
Hari ni genap satu minggu salah satu harta kami telah "mati". Apa yang aku maksudkan ialah tv kami yang sudah berusia 8 tahun (salah kira sebelum ni).. huhuhu lama betul.. kira zaman bujang suamiku dan zaman cintan cintun kami, tv tu dah ada... Lama betul dia berkhidmat.. berbanding harta lain... hehehe.
Sebelum dia "mati", dia dah tenat 2 weeks before... masa tu kena warm up dulu, baru kuar gbr.. Aku rasa penyakitnya yang dulu kembali lagi.. dulu dah kene "operate" sebab problem power. Kali ni, time pagi aku nak on, tiba2 dengar cam mende meletop belakang tv.. pastu bau hangit semacam..
"Arghhh...! Habihlah.." aku bersuara. Suamiku releks je bila aku beritahu berita sedih tu. Pelik? tapi benar.. selepas tgk dia tenang jer.. aku pon turut sama tenang dan tersenyum lebarrrr .. hehehe
"Agaknya dah sampai riwayat dia kot bang... " seloroh aku..
"Agaknya dah sampai masa tgk tv "nipis" @ yang "melekat" didinding kot...?" sambung aku lagi sambil senyum meleret...
"Agaknyalah..." suamiku menjawab dan berkata..
"Huhuhu... nampak gaya macam nak kena buat hutang baru ni..." muahhahahaha!!!
Labels:
News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment