A week before Raya, I've registered an account at facebook after being pushed by Hazman for so many times. He told me that I might found an old friend in there. At first I didn't expect so much, but after a week, God knows how happy I am. I've found lot of friends of mine from my primary, secondary school and college. This is unbelievable (culture shocked)...
Friday, October 31, 2008
Bilalah nak buat lagi...
Lama sudah aku tak buat kek.. yang last aku buat, masa birthday Nabilah dan Haziq.. tu pun main buat je, cantik belakang kira.. almaklumlah tak cukup alat. Agaknya kalu cukup alat, mahu cantik kek tu... hehehe (masuk lif, tekan sendiri..)
Aku sempat belajar buat kek, deko dan bunga ising selama hampir dua bulan di kedai BB Cake & Cafe mak di Terengganu. Itupun masa suamiku out station di S'pore. Tapi, belajarnya celah2 jer.. almaklumlah anak tauke.. datang lambat.. ikut suka hati jer.. mahunya tak khatam belajor..
Inilah antara berbelas kek di kedai yang aku deko dan buat bunga ising.. kurenggg je seninyer... huhuhu
Wednesday, October 29, 2008
Akhirnya...
Hari ni genap satu minggu salah satu harta kami telah "mati". Apa yang aku maksudkan ialah tv kami yang sudah berusia 8 tahun (salah kira sebelum ni).. huhuhu lama betul.. kira zaman bujang suamiku dan zaman cintan cintun kami, tv tu dah ada... Lama betul dia berkhidmat.. berbanding harta lain... hehehe.
Sebelum dia "mati", dia dah tenat 2 weeks before... masa tu kena warm up dulu, baru kuar gbr.. Aku rasa penyakitnya yang dulu kembali lagi.. dulu dah kene "operate" sebab problem power. Kali ni, time pagi aku nak on, tiba2 dengar cam mende meletop belakang tv.. pastu bau hangit semacam..
"Arghhh...! Habihlah.." aku bersuara. Suamiku releks je bila aku beritahu berita sedih tu. Pelik? tapi benar.. selepas tgk dia tenang jer.. aku pon turut sama tenang dan tersenyum lebarrrr .. hehehe
"Agaknya dah sampai riwayat dia kot bang... " seloroh aku..
"Agaknya dah sampai masa tgk tv "nipis" @ yang "melekat" didinding kot...?" sambung aku lagi sambil senyum meleret...
"Agaknyalah..." suamiku menjawab dan berkata..
"Huhuhu... nampak gaya macam nak kena buat hutang baru ni..." muahhahahaha!!!
Tuesday, October 28, 2008
Geng's Corner Autoshow 2...
Geng's Corner Autoshow 1...
Monday, October 27, 2008
Upin dan Ipin...
World of Geng nama kedai yang kami kunjungi petang tadi. Kedai ni menjual pelbagai barangan Upin & Ipin seperti baju, bag, cd, key-chain dsb. Kedai ini terletak di Seksyen 13, Shah Alam.. bersebelahan dengan pasaraya Tesco Extra. Nabilah dan Haziq sekadar membeli buku nota dan fridge magnet jer.. hujung bulan beb! Ahaks! mujur anak2ku faham.. hehehe
Takpe... sekurang2nya, dah tahu kedai.. lain kali buleh singgah lagi..
Kepada sesiapa yang minat dan nak tahu lebih lanjut kartun dua orang budak botak yang cumil tu bulehlah layari http://www.upindanipin.com.my/
Takpe... sekurang2nya, dah tahu kedai.. lain kali buleh singgah lagi..
Kepada sesiapa yang minat dan nak tahu lebih lanjut kartun dua orang budak botak yang cumil tu bulehlah layari http://www.upindanipin.com.my/
Sunday, October 26, 2008
Selamat Pengantin Baru...
Saturday, October 25, 2008
Kawan lama...
Open house oh open house...
Puasa sebulan raya pon sebulan... hehehe
Itulah yang sedang diraikan oleh ummat islam ketika ini termasuklah aku dan famili aku...Murah rezeki betul bulan syawal kali ini... alhamdulillah..
Asal hujung minggu mesti tak lekat rumah lah.. aku dan anak2 memang hepi betul.. hehehe
Sebagai seorang isteri yang selalu menghadap dapur.. inilah masanya untuk melepaskan diri dari cengkaman memasak... hahahaha
Lagipun bila dapat keluar tengok dunia luar wpun jalanraya... pergh!! luas pandangan!! :-p
Bila dah OH, menu pula macam2.. menggoda perut dan tekak aku yang nak berdiet ni.. huhuhu
Kepada sedare mare dan rakan2 yang buat open house tu... tak kiralah sebelah suami atau aku.. terima kasih banyak2 kerana menjemput kami. Kami doakan kalian semakin murah rezeki dan sejahtera dalam hidup. Amin!
Wednesday, October 15, 2008
Salam Aidilfitri...
Selamat Hari Raya Aidilfitri khas buat keluarga, sedare-mare serta teman2. Maaf zahir batin kami pohon, seandainya ada salah silap yang telah menyinggung perasaan kalian..
Raya kali ni, giliran kami beraya di kampungku... Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Seronok? memanglah seronok.. balik kampung beb!
Raya kali ni, giliran kami beraya di kampungku... Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Seronok? memanglah seronok.. balik kampung beb!
Subscribe to:
Posts (Atom)