slimbox2 css

slimbox 2 js

slimbox 2 auto activator

Pages

Advertisement

Friday, February 27, 2009

Goggle...

Suatu petang, perkataan Goggle ini telah menjadi isu utama dan hangat diantara aku, kakak Nabilah dan abang Haziq... Al-kisahnya, aku dan suami telah membeli goggle buat kakak dan abang Haziq... yelah.. kasihan kakak yang sampai bengkak mata menyelam dalam kolam yang berklorin... Haziq pula seperti biasa... mahu juga walaupun masuk kolam dengan pelampung.. ( macam mana nak nyelam tu? hmmm )
Pada mulanya, aku pelik dengan abang Haziq yang asyik menegurku dan kakak yang goggle nya harus dipanggil "gog-boy".. Berapa kali jugaklah aku membetulkan sebutannya... dia tetap tak nak.. penat juga aku berfikir mengapa dan kenapa? Setelah penat bertanya dan membetulkan.. akhirnya dia berkata padaku...

"Mak, Haziq kan boy.. mana boleh panggil girl.." aku mengiyakan.. "ye betul.. so?"
"Jadi... Gog-boy lah... tak bolehlah sebut 'Gog-girl'.. " hah! tercengang aku dibuatnya... Hahahaha!!!

Kenyataan abang Haziq memang "bernas" aku punyalah tak perasan... rupanya bunyi "Gle" dibelakang tu membawa maksud besar padanya... bukan dia tahu apa pon dengan ejaan sebenar.. Hahahaha...

No comments: