slimbox2 css

slimbox 2 js

slimbox 2 auto activator

Pages

Advertisement

Friday, February 27, 2009

Goggle...

Suatu petang, perkataan Goggle ini telah menjadi isu utama dan hangat diantara aku, kakak Nabilah dan abang Haziq... Al-kisahnya, aku dan suami telah membeli goggle buat kakak dan abang Haziq... yelah.. kasihan kakak yang sampai bengkak mata menyelam dalam kolam yang berklorin... Haziq pula seperti biasa... mahu juga walaupun masuk kolam dengan pelampung.. ( macam mana nak nyelam tu? hmmm )
Pada mulanya, aku pelik dengan abang Haziq yang asyik menegurku dan kakak yang goggle nya harus dipanggil "gog-boy".. Berapa kali jugaklah aku membetulkan sebutannya... dia tetap tak nak.. penat juga aku berfikir mengapa dan kenapa? Setelah penat bertanya dan membetulkan.. akhirnya dia berkata padaku...

"Mak, Haziq kan boy.. mana boleh panggil girl.." aku mengiyakan.. "ye betul.. so?"
"Jadi... Gog-boy lah... tak bolehlah sebut 'Gog-girl'.. " hah! tercengang aku dibuatnya... Hahahaha!!!

Kenyataan abang Haziq memang "bernas" aku punyalah tak perasan... rupanya bunyi "Gle" dibelakang tu membawa maksud besar padanya... bukan dia tahu apa pon dengan ejaan sebenar.. Hahahaha...

Tuesday, February 24, 2009

MPV EXORA...

Sabtu lepas aku diberitahu nama MPV proton baru ni oleh kawan suamiku... hmm best je bila disebut dan didengar... Memang agak terlambat aku mengetahuinya... Tapi bila dengar, teruja pon ada untuk melihatnya seketul depan mata... Exora ni merujuk kepada nama sainstifik bunga siantan..
Menurut pembacaan aku... Pengerusinya, Datuk Nazmi Mohd Salleh berkata, tempahan bagi MPV yang akan dilancarkan pada April dengan harga di bawah RM80,000 seunit itu boleh dibuat di semua cawangan Proton Edar dan EON dengan bayaran RM1,000.
haa... apa ditunggu lagi.. gilah tempah..!! heehehe

Tuesday, February 17, 2009

The Legacy of Bumblebee..



Hadiah Birthday Haziq...

Lepat Pisang Bakar..


Petang semalam aku dikejutkan dengan menu daripada jiranku... Lepat Pisang Bakar.. dia kata ni menu zaman jepun.. kebetulan mak dia datang dr kampung.. so merasalah aku... heh!
Buat pertama kali aku mendengarnya.. (org lain tak tahulah.. hehehe) hmm rasanya mmg best.. lebih kurang cam kukus.. tapi ni ada aroma daun pisang yang dibakar.. ada kelat2 sket.. tapi rasanya masyukkk..! aku hampir nak habiskan... tapi tiba2 (tiba2?) teringat pada hubby ensem ku yang suka lepat pisang.. so, kenalah tinggalkan separuh... hahaha