slimbox2 css

slimbox 2 js

slimbox 2 auto activator

Pages

Advertisement

Wednesday, September 17, 2008

Temubual eksklusif bersama Ahmad Hafiy...

Assalamualaikum...

Umum telah mengetahui bahawa En. Ahmad Hafiy baru sahaja dilahirkan pada 2 bulan 3 hari yang lepas. Namun kita beruntung kerana berkesempatan menemubual beliau dikala beliau sedang sibuk menjalankan tugasan harian tanpa henti-henti. Berikut adalah hasil temubual yg telah dialihbahasa agar dapat difahami pembaca...

Wartawan : Assalamualaikum...

Hafiy : Wa'alaikumsalam...

Wartawan : Nampaknya En. Hafiy memang sentiasa melalui hari-hari yang sibuk. Apa tugasan terbaru?

Hafiy :
Ya, kebelakangan ni saya memang sentiasa sibuk, ditambah pulak dengan keadaan ahli keluarga saya yang semuanya demam dan selsema. Sehari dua ni pun hidung saya dah mula berhingus apabila abang dengan kakak saya selalu suka cium saya dalam keadaan hidung mereka berhingus. Sekarang saya masih sibuk dengan project BKMT yang saya dapat semasa dilahirkan dulu.


Wartawan : Bagaimana En. Hafiy menghadapi cabaran yang berat ini?

Hafiy :
Saya tak menghadapinya, apa yang perlu saya buat cuma report kat bapak saya dan mereka (kakak dan abang saya) terus akan disuruh main jauh-jauh.


Wartawan : Bagaimana pula perhubungan En. Hafiy dengan ibu bapa En. Hafiy?

Hafiy :
Emak saya umpama nyawa saya. Tanpa emak saya maka kebuluran la saya. Abah saya pula umpama bantal saya. Saya dapat tidur nyenyak bila dapat menghidu bau hapak badan abah saya.


Wartawan : Apakah pekerjaan bapa En. Hafiy?

Hafiy :
Saya tak tahu apa pekerjaan abah saya. Apa yang saya tahu, abah selalu lepak dalam bilik abah sambil mendengar bunyi gedegung gedegang yang entah apa-apa punya bunyi keluar.


Wartawan : Bagaimana pula perhubungan En. Hafiy dengan kakak dan abang En. Hafiy?

Hafiy : Saya sayang kakak dan abang saya. Tapi yang saya tak tahan tu, mereka selalu dok cium saya. Kadang-kadang semasa sedang saya minum susu, saya kena serbu. Bau nafas masing-masing boleh tahan, macam gamat. Sampai termuak saya dibuatnya.

Wartawan : Apa pula pandangan En. Hafiy tentang keadaan negara kita sekarang ni?

Hafiy : ??? Waaaaaaaa.....

Temubual tidak dapat diteruskan sebab semasa rancak berbual En. Ahmad Hafiy berak dan dah tak selesa dengan Drypers yang beliau pakai. Selesai salin Drypers beliau sudah kepenatan dan perlu berehat sambil menyusu. Kita doakan En. Ahmad Hafiy sentiasa berjaya didalam apa jua bidang yang diceburi...

4 comments:

i n k h a i r i b l e said...

Last pic tu confirm mmg muka tgh "meneran". Tu bukan berlakon tu.. tu betul2..

dirn said...

memang la... :)

fadzlizuka said...

wahkkakakaa this is one good entry.. i loike...

p/s: ada lagi ke blog ni.. ingatkan kat dirn.name je...

dirn said...

mmg la ada...yg ni for family punyer story :D