Hari ni, genap seminggu musim demam melingkungi kesihatan anak3 aku... susah hati tuhan saja yang tahu... Mulanya kakak Nabilah yang demam dulu, diikuti abang Haziq dan Hafiy 2 hari selepas tu.. suhu bukan calang2... yang pegang rekod paling tinggi ialah abang Haziq iaitu cecah 40.4 C.. punyalah ketaq lutut, terus on the spot bawa ke ER putrajaya... sampai2 terus disuruh masuk ke dalam.. aku bukan tak buat sponging.. tapi suhu susah nak turun.. lastnya aku rendamkan aje anak2ku dalam tab.. baru turun sikit.. yang masih belum stabil ialah abang Haziq.. still ada demam walaupun antibiotik dah nak habis.. situasi abang Haziq ni dah buat aku sedikit cemas... aku jadi fobia dengan memori lama 4 tahun lepas... nampak gaya memang kena buat medical check up di IJN.. hopefully, tak ada apa2lah..
aku dah utarakan kebimbangan aku kepada hubby encem aku... dia try cari masa yang sesuai.. ( dia memang sokmo sibuk... huhuhu)
Kawan2... Biasalah, bila anak3 sakit, memang terpaksalah aku jadi cam biskut dalam mana2 forum.. dan juga blog ini.. kekadang tenggelam terus.. free baru masuk.. so, buat kawan2.. harap kalian dapat fahami situasi aku yang sedang jadi misi (nurse) dalam misi...nanti kalian doakan kesihatan anak3 aku pulih sepenuhnya ya..! Tq..