slimbox2 css

slimbox 2 js

slimbox 2 auto activator

Pages

Advertisement

Saturday, July 2, 2011

Bersederhanalah kamu dalam segala urusan dunia ini...

Hatim al Assam suatu hari berziarah ke rumah tuan mufti di daerahnya. Sesampainya di rumah itu, didapati rumah itu besar, penuh dengan segala kelengkapan dan perhiasan yang bukan keperluan dan membazir.

Beliau segera teringat pada firman Allah bermaksud:
"Dan janganlah kamu membazir. Bahawasanya orang-orang yang membazir itu adalah daripada golongan syaitan dan syaitan itu sangat kufur pada Tuhan.(Al Isra’: 26-27)

Kerana itu berazamlah Hatim untuk mengingatkan tuan mufti tentang keterlanjuran itu. Dengan penuh hikmah dan bijaksana Hatim pun bertindak. Semasa sama-sama mengambil wudhuk, Hatim sengaja membasuh semua anggotanya sebanyak empat kali, lebih dari sepatutnya. Ini telah menarik perhatian tuan mufti sehingga mufti itu berkata: “Kenapa saudara melebihkan basuhan anggota wudhuk saudara? Bukankah itu makruh dan membazir namanya?”

Mendengar itu Hatim tersenyum dan berkata: “Membazir sedikit air pun Islam tidak benarkan. Apalagilah membazir beribu-ribu ringgit untuk sebuah rumah dengan segala perhiasan yang tidak berguna, tentulah Islam tidak benarkan. Tuan, saya bimbang tuan akan dimurkai Allah kerana melakukan pembaziran yang sebegini besar. ”

Begitu sikap Hatim, seorang mukmin yang sebenar, mengingatkan saudaranya supaya sama-sama mentaati perintah Allah.

Bukan ertinya Hatim tidak ingin pada rumah besar dengan kelengkapan yang mewah, tetapi dia melawan keinginannya kerana mematuhi perintah Allah. Hatim mengorbankan dunianya untuk kepentingan Akhirat. Itulah sikap mukmin yang sebenar.

Tuesday, May 24, 2011

Status Halal

Hari ni tetiba pulak rasa nak share..  berkenaan status halal.. almaklumlah, keluarga ada kedai kek dan roti kena ambil berat semua ni... makanan seperti sosej, fish ball dan produk daging yang kekadang beli pon kena amik tahu juga... yang terkini ada 2 syarikat yang sijil halal ditarik balik oleh JAKIM...

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT LUCKY FOOD PROCESSING SDN BHD

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.12/2011 yang diadakan pada 22 April 2011 telah memutuskan supaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd (No. Siri Sijil 010949-010966) ditarik balik berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat tersebut. Penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Lucky Food Processing Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut:

1) menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

2) mengemukakan resit pembelian produk baru;

3) melakukan proses samak; dan

4) mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

cth produk: sosej, produk daging dan fish ball


PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonanSyarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuanDeoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

1) menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

2) mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );

3) melakukan proses samak; dan
 
4) mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

cth penggunaan: terdapat dalam ramuan kek atau roti

"Mencari Yang Halal Itu Fardhu (wajib) Bagi Setiap Umat Islam"

sumber: www.halal.gov.my

Wednesday, May 11, 2011

11 MEI 2011 - RABU

Selamat hari lahir yang ke-56 mak...

Doa along semoga mak sentiasa berada dalam kesejateraan dan dibawah perlinduangan Allah swt. Semoga mak kembali bersemangat dalam meneruskan kehidupan seharian tanpa abah disisi. Along juga doakan mak panjang umur dan mendapat keberkatan disepanjang usia mak..

Hari ini juga genap 40 hari abah meninggalkan kami. Kehilangan abah begitu terasa kerana abah seorang yang amat penyayang, prihatin, bertanggungjawab dan suka bergurau... Dalam sakit-sakit pun abah masih sempat bergurau.. gurauan itulah yang menjadi pengubat hati... bila telefon.. ku tanya abah sihat? abah tentu akan menjawab... "boleh jawab telefon ni, sihatla... " selepas itu abah ketawa..  tapi betullah jawapan abah itu.. kerana sejak abah sakit kuat, abah tidak mampu lagi bersuara, abah ada semput... dan abah juga tidak berapa boleh mendengar... kenangan bersama tidak akan terpadam sampai bila-bila... Doaku, Ya Allah...KAU tempatkan  arwah abahku dikalangan para solihin dan di dalam kelompok roh-roh yang diberkati dan dikasihiMU. Ya Allah.. KAU luaskan kuburnya.. KAU terangilah kuburnya dan jauhkan dia dari azab kubur. amin.