slimbox2 css

slimbox 2 js

slimbox 2 auto activator

Pages

Advertisement

Wednesday, September 16, 2009

Kakak vs Balik kampong

Dua hari lepas semasa aku sedang masak di dapur. Tiba-tiba kakak datang sambil mulut mengomel kepadaku. Aku lantas bertanya.. apa masalah pulak kali ini.. Dia terus mengomel dan meluahkan rasa tidak puas hati dan ketidakfahamannya terhadap iklan raya di telivisyen.

Kakak: "Mak.. kenapa semua iklan di tv semua cakap pasal kampung?"
Kakak: "Asyik-asyik.. cakap 'Balik kampung', 'Tiket balik kampung', 'Beraya dikampung'"
Aku : "La.. kan nak raya.. memanglah iklan cakap pasal kampung.. kenapa kakak?"
Kakak: "yelah... satu pon tak cakap pasal 'Balik penang ker'.. 'Tiket bas Penang ker' semuanya kampung.. Ni yang kakak rasa nak sangat balik kampung ni..!" sambil memeluk tubuhnya.
Aku : ???? hah! punyalah aku ketawa terbahak-bahak.. terkedu lidah nak jelaskan.. aduss kakak oh kakak..

Kakak tu bukan apa sebenarnya... dia teringin benar nak beraya dikampung.. kampung yang dia maksudkan ialah kampung di Terengganu... banyak betul sebab dia beritahu pada aku bila ditanya kenapa nak balik ganu.. Antaranya:

* Dikampung aku, ramai sepupu perempuan.. manakala di Penang.. dialah satu2nya cucu perempuan.. so kawan ni boring takde kawan..
* Dikampung aku, biasalah.. nama pon kampung.. so suasananya dalam perkampungan..
* Dikampung aku, senang nak g beraya ramai2 dengan sepupu perempuannya.. x risau sangat..
* Dikampung aku, bila beraya mmg kompem ada sesi bergambar.. termasuk sesama sepupu perempuannya jugak..

Dalam kes ni, hehehe Haziq masih control macho kalau dikampung aku... dia lagi happy dikelilingi sepupu2 perempuannya... siap boleh pilih hari ni nak couple dengan siapa lagi.. :p Aina Qistina? Sofea? dll.. bertuah punya anak.. kira Haziq cucu lelaki pertama di ganu.. so kawan tunjuk belang sket..

Monday, September 14, 2009

Salam Aidilfitri Buat semua..!



Insya-Allah Ahad 20hb Sept ni berayalah kita... disini Nur dan Haidir mahu mengambil kesempatan memohon ribuan kemaafan daripada kalian semua.. tidak kiralah dosa2 lama atau yang terbaru.. Kekadang kami tidak perasan kami ada mengguris perasaan kalian..
Teman2 Nur yang berada diperantauan seperti di Moscow, Berlin dan Sabah semoga kalian tabah berhari raya disana.. Kami sentiasa doakan kesejahteraan dan kebahagiaan kalian..
Manakala bagi sanak saudara dan sahabat handai yang berada di Semenanjung.. Pulanglah dengan selamat.. berhati2 dijalanraya.. jangan terburu-buru.. (tak lari kampung tu kalau dikejar.. hehehe)dan... bersamalah kita bertakbir dan sembahyang raya... ^-^